Novel Denyut Kasih Medik
by Dr. Farhan Hadi (Hubby - F.S)
Entri kali ini 'FIQH MEDIK'
Apa itu 'FIQH MEDIK' ???
Mesti korang tak berapa nk jelas kan.. Aku pun sama.. hahaha
Nota kaki dalam novel ni dia suh rujuk -
Isu Fiqh Perubatan Semasa oleh al-Syeikh bin Rasyid al-Su'aidan, terjemahan oleh Dr.Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhar , terbitan al-Hidayah..
Wahhhhhhhhhhh ..!! PANJANGNYA! ^^
Kalu rajin cari la.. hahaha..
Nak lagi senang 'TANYA SAJA KEPADA PAK CIK GOOGLE'..
Semua ada di jari PAK CIK GOOGLE..Kan2..
Pengetahuan??
Hurmm..
Saya, Syahiirah Hasan ingin mencoretkan beberapa patah perkataan yang menjadi panjang berjela skunk ni mengenai
ISU HUKUM MEROKOK (Dh dihighligtkan da tu..Biar jelas.. Hakhak)
Isu :
Apakah sebenarnya hukum merokok?
Dulu dengarnya makruh, sekarang haram pula, KENAPA? -Think.think.think.
Hukum :
Haram tanpa keraguan mengikut ulama kontemporari setelah kajian demi kajian moden mengesahkan rokok sangat berbahaya untuk kesihatan dan asapnya memudaratkan diri sendiri serta orang lain. Kajian itu belum didapati oleh ulama terdahulu ketika menghukumkannya makruh.
Dalil :
1) "Dan menghalalkan segala benda yang baik dan mengharamkan segala benda yang buruk" (Surah al-A'raf 7 : 157)
2) "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan...."
(Surah al-Baqarah : 195)
Berdasarkan kesepakatan doktor yang bijaksana lagi dipercayai,
merokok termasuk dalam punca-punca yang menyebabkan kebinasaan tanpa keraguan.
3) "Dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau"
(Surah al-Isra' 17 : 26-27)
Merokok adalah satu pembaziran yang memusnahkan keluarga dan ekonomi.
4) Hadis riwayat Abu Daub di dalam sunanya, katanya:
"Harun bin Abdullah menceritakan kepada kami. katanya,
Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami, katanya,
Yunus bin Ishak menceritakan kepada kami
daripada Mujahid daripada Abu Hurairah r.a katanya,
"Rasullullah SAW melarang mengambil ubat-ubatan yang keji."
(Hadis sahih)
Ubat yang keji pun syarak melarangnya apatah lagi
mengambil ibu segala kekejian iaitu rokok.
Pesanan :
Buat PENJUAL ROKOK, ketahuilah bahawa salah satu punca rezeki dan perniagaan anda tidak berkat ialah kerana menjual rokok. Untuk apa keuntungan seringgit dua jika ia boleh menghancurkan anak bangsa.?
Salah satu sebab punca kematian yang berkaitan dengan rokok, berpunca daripada anda.. Think.think.think.
Buat PEROKOK, berusahalah sehabis daya untuk berhenti merokok.
Merokok itu kehinaan kerana itulah perokok biasanya memilih tempat-tempat pembuangan najis dan tersorok untuk merokok..
Sayangilah diri anda dan juga orang disekeliling anda.
Semoga berguna kepada anda..anda..anda..anda...dan ANDA.!
Allahualam.
Dipetik daripada Novel Denyut Kasih Medik, m/s : 48-49
Dan ditambah oleh Syahiirah Hasan.
No comments:
Post a Comment