PEROKOK TEGAR
Seorang perokok tegar bercita-cita untuk berhenti merokok. Sudah lama
dia menanamkan hasrat itu, tetapi belum juga berjaya sepenuhnya.
Walaubagaimanapun, semakin hari semakin berkurangan.
Semasa dia
sudah berhenti merokok, dia masih lagi berkawan dengan rakan-rakan yang
merokok. Dilihat rakan merokok, bibirnya terasa seperti air liurnya
meleleh. Semakin dilihat, semakin terkesan pada hidupnya. Makanya, bagi menghilangkan ‘gian’, dia pun mengambil sebatang rokok, diletakkan dibibirnya tanpa dinyalakan api.
Dalam keadaan begitu, dia merasa bersalah, tetapi tetap berazam untuk
berhenti dari merokok, sehinggakan satu ketika itu, dia melihat orang
yang merokok pun, tidak menarik minatnya untuk merokok lagi.
Begitu juga bagi orang yang berdosa. Apabila dia sudah bertaubat, dia
sudah berazam tidak mahu mengulangi dosa-dosa yang lalu. Namun, kala
rakan-rakan di sekelilingnya dilihatnya sedang melakukan maksiat,
kadangkala memberi pengaruh kepada dirinya untuk mengulangi balik
dosanya itu. Dia turut melakukannya, tetapi selepas melakukan dosa
tersebut, hatinya merasa cukup bersalah dengan tuhan.
Namun
begitu, dia tetap berusaha lagi untuk berhenti dari mengulangi dosa
dengan cara berkawan dengan orang-orang bertaqwa. Akhirnya, tindakannya
itu memberi kesan pada dirinya sehinggakan maksiat itu sudah tidak
terlintas langsung untuk dilakukannya.
Haraplah pengampunan
ilahi. Haraplah anugerah kekuasaan ilahi. Haraplah bimbingan ilahi.
Mudah-mudahan berjaya dalam menerusi hidup di dunia yang fana’ ini.
Wallahu ‘Alam :) ....
No comments:
Post a Comment