01 October 2017

I'M A TEACHER

15.8.2016 - 15.8.2017.

HAPPY 1 YEAR AS A TEACHER :D

TODAY.
1.10.2017

SAYA MENAIP SEMULA.
SETELAH LAMA TAK MENAIP.
HAHAHAHA

OK. TU JA ;)

30 June 2016

Berdoa dan terus berdoa

Hari ni 30/6/2016.

Makanan kucing dah habis.
Kesian depa tak makan sehari dah.
Tuan dia malas nak pi cari makanan pagi-pagi.
Petang baru nak keluar.
Apa lagi.
Kedai pun banyak tutup dah.

Punya malas nak masuk Kangar duk tau kereta banyak.
Tetapi disebabkan kedai biasa dia tutup.
Terpaksa la singgah The Store Kangar beli makanan depa a.k.a kucing.
Biasa la mau tengok makanan depa nih, boleh jadi sampai satu dua jam. Hahahaha
Survey saja punya lama. Search bagai kat internet hok mana bagus.

Tiba-tiba ada hamba Allah mai sapa.
Pekerja situ.'Nak tanya, gaji degree sekarang berapa'
Macam mana dia tau aku ni lepasan degree pun entah la.. Tua da kot la. :D
Aku pun bagi la anggaran tapi ikut gaji guru la. 
Gaji kerja lain aku tak tau.

Saudara ni pun tanya lagi pendapat aku.
Dia lepasan diploma medical.
Tapi tak dapat kerja lagi. Lama dah menganggur.
Masa menganggur ni dia keja kat supermarket ni.
Duk pikaq nak sambung degree balik kat kolej swasta n nak sambung medic.

Dia tak tau macam mana nak mintak scholarship and mana yang boleh dia mintak.
Lepas tu dia tanya lagi mana yang rasa sesuai swasta ka ipta.
'Ipta kena ptptn'
'Swasta pulak takut tak dapat mara or scholarship'
Takut tak mampu.
Aku hanya bagi pandangan dan pendapat aku ja.

Lama jugak sembang.
Lepastu dia teruskan kerja dia.
Dalam 10 minit dia mai balik.
Tanya lagi.
Nampak sangat dia memang bersemangat nak sambung belajar balik.
Dan dia betul-betul nak.
Aku tak pasti berapa lama dia menganggur.
Tapi boleh rasa yang dia betul-betul nak bekerja dalam bidang yang dia minat.
Dan dalam masa yang sama dia rasa macam mampu ka dia.
Cukup tak duit dia walaupun dia kerja dah kat supermarket ni.
Tapi bila nak sambung belajar balik.
Cukup tak duit dia.
Yuran nak masuk.
Yuran nak belajar.
Dia berfikir lama aku tengok.

Aku harap dia sambung.
Aku tau dia nak sangat sambung bidang dia tu.
Nak sangat hidup yang senang.
Kalau dia main-main ja, buat apa dia tanya.
Dia buang rasa malu dia, mai sapa customer dan duk jauh dari pekerja lain. 
Sebab nak tanya pasal academic.
Semoga Allah permudahkan urusan saudara tu. :)

______________________________________________________________________

Aku duk rasa aku ni susah.
Kerja tak lagi.
Dekat setahun dah.
Semalam Allah bagi rezeki,
Result temu duga Alhamdulillah berjaya.
Selangkah lagi untuk masuk alam pekerjaan.

Walaupun tak tau bila.
Sebulan.
Dua bulan.
Wallahu'alam.
Tapi sekurang-kurangnya Insya Allah akan dipostingkan.

Macam saudara tu.
Dah habis belajar diploma.
Tunggu-tunggu. Tak dak khabar berita.
Aku tanya , 'tapi akan dipostingkan jugak kan'
Dia kata takkan. Kalau tak panggil jugak maknanya tak dak la.
Bergantung kepada result. 
Result dia tak berapa bagus.
Jadi tak dak la posting tu. 
Dia kata la.

Macam aku terus degree.
Dapat elaun. Tak dak hutang.
Alhamdulillah sangat.
Macam saudara tu.
Nak sambung balik.
Tapi duk pikiaq kewangan.
Scholarship atau mara takut tak dapat.
Ptptn takut tak mampu bayar balik.
Serius terkesan kat diri ni.
Sebak rasa.

Allah permudahkan banyak dah urusan kita.
Tapi bila diuji sikit, rasa macam tak mampu dah.
Orang lain lagi banyak diuji.
Tapi masih terus berusaha untuk capai impian dia.
Allahuakbar. 
Hebat sungguh.
Semoga diri ini terus kuat!
Ambil pengajaran dan iktibar.
Berdoa, bersabar, berusaha dan tawakal kepada-Nya.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Al-Baqarah 286)

24 April 2013

Carilah ALLAH, sematkan di hatimu.. Nescaya DIA mencukupi..

Dikau ibarat mengisi air ke dalam gelas yang berlubang.
Sebanyak mana pun air yang dikau tuang hatimu tetap tidak akan tenang.
Isilah air seluruh lautan dunia ini sekalipun,jika tidak cukup, tambahkan air hujan dari langit, nescaya gelasmu tidak mungkin terisi. Mengapa? Kerana gelasmu itu bocor!

Begitu juga dengan hati.
Andai hatimu itu bocor, isilah langit bumi dunia dan segenap apa yang ada di dalamnya ke dalam hatimu itu, nescaya ia tidak akan mencukupi untukmu.
Hari ini dikau puas dengan satu kereta, esok lusa dikau tambah lagi.
Hari ini dikau puas berumah pangsa, esok belum tentu lagi.

Mengapa? Kerana hatimu itu bocor. Ia pasti tidak akan mencukupi. Maka, tutuplah kebocoran itu dengan cahaya cinta DIA. Nescaya, DIA pasti mencukupi.

Wahai pemilik hati.
Isikan Allah ke dalam hatimu. Nescaya dia akan melebihkan dan mencukupkan apa yang kurang. Nescaya dia menemukan apa yang hilang. Percaya dan yakinlah kepada DIA. Jika masih belum ada cinta DIA di dalam hatimu itu, selama ini siapa DIA di hatimu?

"Jika mereka berpaling (daripada keimanan), maka katakanlah, "Cukuplah Allah SWT bagiku, tidak ada Tuhan selain DIA. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan DIA adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy Yang Agung." -At-Taubah, 129-

# Selamat Malam.............

27 March 2013

SK GREEN ROAD, KUCHING SARAWAK

Assalamualaikum dan Selamat malam.

PBS utk kali ke-3 ni aku buat sekali dengan budak-budak Matematik..
Di Kuching, Sarawak..
Beli tiket sblum raya tahun lepas lgi..
Nampak tak semangat gila di situ? hahahaha

Pengalaman kt cna?
Hurm mungkin waktu persekolahan dia tak sama.
Awal.. Bukan-bukan. Terlalu awal! hahahaha
6.45 pagi da stat.
Dan kena bangun setiap hari pukul 4.30 pagi.
Sbb, aku duduk dekat rumah sewa kak shikin.
Besa la, ramai kan.
Nak cepat, kena la bangun awal dan siap awal.
Bagi mengelakkan jem di bilik mandi dan bilik tidur. hahaha
Waktu sembahyang pun lain. Selalu terlupa. Nasib tak terlajak waktu. huhu

Tpi ni bukan kali pertama aku kat Sarawak.
Masa main tenis dulu, setiap tahun memang akan dtg cni.
Game.
Cuma masuk sekolah kat cna tu tidak la..
Lama sudah tak dtg Sarawak. hoho. Rindu kenangan dulu.

Keadaan dan Sekolah dia macam mana?
Biar la rahsia. Hahahaha
Bak kata orang.
Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan pengajaran :)
Setiap hari akan berjalan/berfoya-foya.  hikhik
Thanx to Achino dan k.Jura..
Kakak2 kpd shikin sbb always bwk ktaorg kua dan tak lokek duit.
Thanx sgt2 :)

Sebelum balik tu mmg shopping sakan la..
Bli utk family.
Diri sndri xasa nak beli.
Beli 1 ja beg utk letak hard disk.. hehe
Utk diri sendiri nk beli byk2, lain kli boleh bli..
Owhh.. Wait! Lupa nak ckp..
Igtkan kt skolah tu kmi 6 org ja yg PBS cna.
Rupanya lgi 2 org course Tesl pun kt cna jgak..
Meeva dan Nisa..
Keciknya dunia bleh wat skali tnpa drncg. Hehehe
Terkjut masing-masing! ^_^

DAN...............!!
Terjumpa dgn Cikgu Shima. Mak kpd kwn aku..
Bwk player2 Melaka.
Rupa-rupanya MSSM Tenis buat dkt Kuching Sarawak jugak..
Huuuuuuu.. Tak berkesempatan nk g tgk.. Xpa la.. Bukan rezeki.
Dia blikan kain utk buat baju. Sbgai hadiah.. Thanx Cikguuuuuuuuuu!!
Allah Maha Kuasa kan.
Bila kita lebihkan org lain dlm sesuatu hal, Allah dtgkan org lain pulak utk berikan kita sesuatu..
Sila baca blik yg di atas, msti akan faham... :)

Sepanjang dlm flight masa nak balik Penang..
Aku terpukau dengan ciptaan-Nya.
Bagaimana ALLAH boleh ciptakan langit yang biru lepas tu awan putih.
Dan di bawahnya tanah-tanah, bangunan-bangunan, bukit-bukau..
Tak terjangkau dek akal kan.
Dari atas boleh tengok, betapa cantiknya ciptaan-Nya.
Begitu sempurna.
Speechless seketika. Berkali-kali aku mengucapkan Maha Suci Allah.
Terlalu terpukau...
Lain kan kalau kita tengok dengan mata hati. :)
Gambar tak ambil pulak. Kalau tak korg pun akan rasa seperti yang aku rasa.

Oklah. Ni sedikit gambar masa kat cna. Assalamualaikum w.b.t :>





BIG SEMESTER 3~

Assalamualaikum w.b.t semuaaaaaaaa..
Semester kali ni kitaorg BIG awal daripada opsyen lain yang sama batch..
Orang terkejut kenapa kami buat awal..
Sebabnya ialah bln 4 kitaorg ada PENDIDIKAN LUAR di Pangkor..
So untuk mengelakkan daripada bersangkut, kami buat awal.
DI MANA??
PENANG BOTANICAL..

Mula-mula rasa malas sebab tau akan tak best.
Terasa seperti BIG yang lepas. Hanya bergambar..
Sepanjang perjalanan ke sana, apakah akitivit kami di dalam bas..
Cer teka???
SEMESTINYA TIDO ! Hahahahaha

Sampai-sampai je suma tak nak turun nak tido ja..
Dan aku boleh plak cakap, boleh tak kita patah balik ke Ipsah.. hahahaha
3 kali En.Rosli suh turun baru kitaorg turun..Kemalasan disitu :)
Ingatkan sama macam sem lepas, bergambar dan bergambar..
Rupa-rupanya TIDAK!
Kami memang akan melakukan aktiviti Kemasyarakatan..
Wauuuu! Sangat teruja..
Ini betul-betul bukan tipu..
Baru berbaloi dengan perjalanan yang kitaorg tempuh ni. hehehe

Aktiviti-aktivitnya ialah :

-Sapu sampah
-Kutip sampah
-Siram pokok bunga
-Tengok cara-cara penanaman pokok bunga
-dll yang berkaitan..

Menarik bukan :)

Daripada pukul 9 sampai pukul 1 lebih..
Sangat-sangat memenatkan dan terasa berbaloi.
Atleast kami sumbang smthg... Walaupun sekejap.
Besar jugak la tempat tu.
Macam mana la Uncle-uncle yg kerja kat situ kemas hari-hari.
Kami yg 27 orang ni pun boleh membebel sambil buat.
Sampai terbaring.. hahahahahaha..
Tahniah kepada uncle-uncle tu. Kagum.
Tabik hormat kepada mereka! ^_^

Jom tengok gambar-gambar nya! Adios !

24 February 2013

21 / 2 / 2013

Assalamualaikum..

Pada hari Khamis yang lepas..
Sesi kuliah berjalan seperti biasa iaitu bermula pada pukul 8.00 pagi sehinggalah pukul 1.00 petang, Tepat sahaja pukul 1.00 petang loceng pun berbunyi..  "Kring........."
(Bunyi loceng ini adalah khayalan belaka)

Sebelum saya pulang, saya dan beberapa sahabat-sahabat ATLETICO telah 'decide' untuk pergi berenang di Hotel SWISS INN. 
Ini kerana kami sudah lama tidak pergi berenang setelah amali berenang semester lepas berakhir.

Saya,Ika,Victoria,Alang dan Sharon telah berjanji untuk berkumpul di Pagar Ipsah pada pukul 2.30 petang. Tetapi terjadi beberapa kesilapan teknikal iaitu maklumat yang diterima salah. Victoria telah memberitahu Ika untuk berkumpul pada pukul 3.00 petang. Tetapi Alang memberitahu saya, berkumpul pada pukul 2.30 petang. Oleh kerana saya terlalu asyik menonton RUNNING MAN. Saya dan Ika telah terlambat. Kami siap dengan secepat mungkin kerana Alang memberitahu TEKSI akan sampai tidak lama lagi dan VICTORIA tidak akan turut serta. Kami bergegas bergerak ke Pintu Pagar Ipsah.

Setelah hampir 15 minit menuggu, TEKSI tidak juga tiba. Saya mula tidak senang duduk. Dengan tidak semena-mena, VICTORIA muncul dengan membawa kereta pakwenya. Alangkah terkejutnya saya. Rupa-rupanya, mereka mengenakan saya dan Ika.. " INI SEMUA POYOOOOOOOO " .. Hahahaha

Kami tiba di Hotel SWISS INN pada pukul 4 lebih. Setelah puas berenang kami mula terasa lapar. 
Tepat pukul 5.15 petang, saya dan Ika naik ke permukaan darat untuk bersiap dan solat serta diikuti dengan sahabat-sahabat yang lain. Sebelum pulang ke Ipsah, kami pergi ke Amanjaya Mall untuk menikmati makan tengah hari/petang/malam (pilih mana yang anda suka). Kami menjamu selera di 'Sushi King'. Kami beranggapan keseluruhan makanan tersebut RM100.++. 
Rupa-rupanya hampir RM 200.++. Wauuuuuu :D

Tetapi ia berbaloi kerana makanan di sana kena dengan selera kami. Bintang-bintang diberikan kepada mereka. Kami singgah di Chatime dan lebih kurang pada pukul 8.00 malam kami pulang ke Ipsah dengan perasaan gembira. Dalam diam masing-masing mungkin mengeluh kerana elaun semakin berkurangan. hehe. Opsss.. Salah tajuk.

Di bawah ini saya lampirkan bukti-buktinya.. SEKIAN~




SHARON ROU ROU- DISEBALIK TABIR






# Maaf. Entri ini agak pelik. hahaha :)
# Maaf. Entri ini terlebih formal + bahasa rojak + BM agak tunggang-langgang.
# Maaf kepada guru-guru bahasa. Kihkih. BM kalah budak-budak sekolah rendah. :P
# Maaf. Maaf. Maaf. Suka suki sahaja. :)

16 February 2013

Hati ini REDHA :)

Bila kita redha dengan apa yang Allah dah tetapkan.
Kita akan rasa lega dan tenang ketika berdepan dengannya.

Alhamdulillah :)

Daisypath Happy Birthday tickers