24 February 2013

21 / 2 / 2013

Assalamualaikum..

Pada hari Khamis yang lepas..
Sesi kuliah berjalan seperti biasa iaitu bermula pada pukul 8.00 pagi sehinggalah pukul 1.00 petang, Tepat sahaja pukul 1.00 petang loceng pun berbunyi..  "Kring........."
(Bunyi loceng ini adalah khayalan belaka)

Sebelum saya pulang, saya dan beberapa sahabat-sahabat ATLETICO telah 'decide' untuk pergi berenang di Hotel SWISS INN. 
Ini kerana kami sudah lama tidak pergi berenang setelah amali berenang semester lepas berakhir.

Saya,Ika,Victoria,Alang dan Sharon telah berjanji untuk berkumpul di Pagar Ipsah pada pukul 2.30 petang. Tetapi terjadi beberapa kesilapan teknikal iaitu maklumat yang diterima salah. Victoria telah memberitahu Ika untuk berkumpul pada pukul 3.00 petang. Tetapi Alang memberitahu saya, berkumpul pada pukul 2.30 petang. Oleh kerana saya terlalu asyik menonton RUNNING MAN. Saya dan Ika telah terlambat. Kami siap dengan secepat mungkin kerana Alang memberitahu TEKSI akan sampai tidak lama lagi dan VICTORIA tidak akan turut serta. Kami bergegas bergerak ke Pintu Pagar Ipsah.

Setelah hampir 15 minit menuggu, TEKSI tidak juga tiba. Saya mula tidak senang duduk. Dengan tidak semena-mena, VICTORIA muncul dengan membawa kereta pakwenya. Alangkah terkejutnya saya. Rupa-rupanya, mereka mengenakan saya dan Ika.. " INI SEMUA POYOOOOOOOO " .. Hahahaha

Kami tiba di Hotel SWISS INN pada pukul 4 lebih. Setelah puas berenang kami mula terasa lapar. 
Tepat pukul 5.15 petang, saya dan Ika naik ke permukaan darat untuk bersiap dan solat serta diikuti dengan sahabat-sahabat yang lain. Sebelum pulang ke Ipsah, kami pergi ke Amanjaya Mall untuk menikmati makan tengah hari/petang/malam (pilih mana yang anda suka). Kami menjamu selera di 'Sushi King'. Kami beranggapan keseluruhan makanan tersebut RM100.++. 
Rupa-rupanya hampir RM 200.++. Wauuuuuu :D

Tetapi ia berbaloi kerana makanan di sana kena dengan selera kami. Bintang-bintang diberikan kepada mereka. Kami singgah di Chatime dan lebih kurang pada pukul 8.00 malam kami pulang ke Ipsah dengan perasaan gembira. Dalam diam masing-masing mungkin mengeluh kerana elaun semakin berkurangan. hehe. Opsss.. Salah tajuk.

Di bawah ini saya lampirkan bukti-buktinya.. SEKIAN~




SHARON ROU ROU- DISEBALIK TABIR






# Maaf. Entri ini agak pelik. hahaha :)
# Maaf. Entri ini terlebih formal + bahasa rojak + BM agak tunggang-langgang.
# Maaf kepada guru-guru bahasa. Kihkih. BM kalah budak-budak sekolah rendah. :P
# Maaf. Maaf. Maaf. Suka suki sahaja. :)

4 comments:

Victoria Michael said...

pe ko tulis nie??hahahahahaha

SyahiirahHasan said...

Sedap kan.. Bhasa jiwa bgsa.. hahaha

alang said...

awat blog ni xmsuk notification alng dah????huhuhuh

SyahiirahHasan said...

Suma ke? huhu. tah2

Daisypath Happy Birthday tickers