24 April 2013

Carilah ALLAH, sematkan di hatimu.. Nescaya DIA mencukupi..

Dikau ibarat mengisi air ke dalam gelas yang berlubang.
Sebanyak mana pun air yang dikau tuang hatimu tetap tidak akan tenang.
Isilah air seluruh lautan dunia ini sekalipun,jika tidak cukup, tambahkan air hujan dari langit, nescaya gelasmu tidak mungkin terisi. Mengapa? Kerana gelasmu itu bocor!

Begitu juga dengan hati.
Andai hatimu itu bocor, isilah langit bumi dunia dan segenap apa yang ada di dalamnya ke dalam hatimu itu, nescaya ia tidak akan mencukupi untukmu.
Hari ini dikau puas dengan satu kereta, esok lusa dikau tambah lagi.
Hari ini dikau puas berumah pangsa, esok belum tentu lagi.

Mengapa? Kerana hatimu itu bocor. Ia pasti tidak akan mencukupi. Maka, tutuplah kebocoran itu dengan cahaya cinta DIA. Nescaya, DIA pasti mencukupi.

Wahai pemilik hati.
Isikan Allah ke dalam hatimu. Nescaya dia akan melebihkan dan mencukupkan apa yang kurang. Nescaya dia menemukan apa yang hilang. Percaya dan yakinlah kepada DIA. Jika masih belum ada cinta DIA di dalam hatimu itu, selama ini siapa DIA di hatimu?

"Jika mereka berpaling (daripada keimanan), maka katakanlah, "Cukuplah Allah SWT bagiku, tidak ada Tuhan selain DIA. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan DIA adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy Yang Agung." -At-Taubah, 129-

# Selamat Malam.............

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers