02 February 2013

Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk menjaganya.
Dan Dia temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka baik dengannya.
Tentunya yang terpelihara itu terindah.
Tentunya juga yang biasa itu terindah.
Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar, tika setiap saatnya bernyawa.
Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin memperbaiki diri.
Tuhan yang sentiasa senyum pada kalimah cinta yang melebihkan-Nya berbanding dunia semata.

Berusahalah selagi termampu.
Dan lupuskanlah segala cerita yang singgah dalam hidupmu.
Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih terasa.
Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam jalanmu menuju ke Sana.

Yang menjaga itu sungguh kuat.
Yang menjaga itu seorang mukmin.
Bukan lagi seorang muslim.
Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.

 .................................................................................................

Hidup ini terlalu indah,
Dibajai dengan kasih ALLAH,
Warna pelangi nikmat menghiasi,
Menceriakan diri dan hari,
Memberi lebih indah dari memiliki,
Kerana ALLAH pasti mengembalikan,
Yang lebih baik buat diri,
Moga hati memahmudahkan peribadi,

Tebaran rahmat kepada setiap isi bumi,
Moga membawa sujud syukur kepada ALLAHURABBI..

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers