20 September 2012

Cinta itu hakikatnya suci, kadangkala menguji hati seperti Saidina Ali dan Az-Zahra. 

Adanya sabar dan tabah menyulami iman menterjemahkan kesetiaan di batas waktu yang menjadi rahsia Allah. 

Dalam memilih cinta, ajaran nabi jadi garis panduannya.

Perlu bijaksana meletak prioriti cinta antara terutama dan utama.

Cita-cita jadi mahar cinta. 

Harapan disampaikan melalui doa, memohon pilihanNya dalam sejadah istikharah, musyawarah menetapkan kematangan dari yang berpengalaman, restu penjaga diri tulus dipinta. 

Jangan dinoda oleh serakah jiwa yang lemah. 

Jujur pada pendirian yang tidah tergugah.

Bijak mengurus, mengawal dan menterjemah dalam bimbingan PEMILIK HATI juga perlu di ambil peduli. 

Meng'upgrade' diri menjadi soleh atau solehah bukan kerana si dia, tetapi berusaha menjadi soleh dan solehah semata kerana DIA. 

Ikhlas dan tawakal pada pilihanNYA bukti pergantungan diri mensyukuri ketetapanNya. 

Bila dan siapa jodoh itu, pasti bertemu cinta di Arafah RahsiaNya, kerana empunya diri yakin pada janjiNya.

PEMILIK HATI SUCI

Melihat hujan turun dengan berdendangkan lagu
Hati kita turut berbunga
Menari dengan tarian tanpa arah
Cuba untuk mencapai pelangi
Hingga terlupa bila hujan ini berakhir.

Lagu ini akan terhenti
Namun hati kita masih bergelora
Kerana bisikan hati yang kita mulakan
Tidak terbatas sehingga kita mati

Jangan berikan hatimu itu padaku
Penjarakan ia dengan pagar rindu
Biarkan ia kosong agar kembali sunyi
Untuk berfikir tentang tujuan dan destinasi.

Apabila cahaya iman itu bersemi
Ia akan sedar baik dan buruknya
Dan tahu bahawa aku adalah fitnah semata
Berikan iman pada hatimu
Lalu berikan hatimu itu padaku

Apabila sampai tempoh waktunya
Akan kumuliakan dengan lafaz sakinah
Jangan kau serahkan hatimu
Sebelum sampai waktunya
Kelak kita tidak akan temui jalan pulang

Seperti bayang dalam air
Bila dicapai ia kan hilang
Kerana aku tidak sempurna
Dan kelemahan aku adalah wanita

Bersabarlah dengan kesabaran Maryam
Jangan terpedaya dengan muslihat dunia
Sekalipun ia menjanjikan seribu bahagia
Sampai masanya ia akan musnah
Hanya meninggalkan titik hitam di dalam hati

Biar berpisah dari bersalah
Biar mati dari mengingkari
Kerana Indahnya Syurga Firdausi
Hanya untuk pemilik hati yang suci

# Puitis sekali ayat-ayat di atas. Hati berbunga pabila terbaca. Sedih juga terasa. Mampukah menjadi sehebat Az-Zahra dan Maryam. Semakin hari semakin tersasar. Astafirullah hal azim. :(


No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers